Friday 1 February 2013

Hi semua...

Sy dah create new blog... Try LunaBulanEllaAziz@blogspot.com. Tq pd sesiapa yg berminat dgn karya sy n thanks baby mio for you comments hepi sgt!!! Huhu

Friday 22 June 2012

Dari Kerana Mata 103

Aku menatap papa dan nenek silih berganti. Terasa berat hati ini untuk berjauhan dengan mereka. Sophie bersama keluarganya dan mereka bertiga itu juga bersama keluarganya. Hanya Amanda dan mama saja yang tidak bersama. Entah berjaya atau tidak mama memujuk Amanda buat terakhir kali ini. Aku amat berharap agar segalanya normal sebelum berangkat ke sana. Tidak mahu sebarang kebencian lagi dalam persaudaraan kami. Kelihatan Sophie mula teresak-esak di dalam pelukan ibunya. Dasar anak manja!.
“ Saya janji akan jaga Bella!”, janji Dean dengan penuh yakin. Tidak sangka keputusan aku untuk melanjutkan pelajaran ke sana juga telah membuatkan mereka bertiga ingin turut sama . Semua ini kerana nenek, segalanya dilaporkan pada ‘cucu-cucu’ lelakinya ini. Namun, kelihatan Amanda tidak juga kunjung tiba. Papa yang perasan terus memujukku. Memang tidak dinafikan kemarahan Amanda semakin memuncuk bila dia turut mendapat berita yang mereka bertiga ini juga akan menyambung pelajarannya bersama aku. Aku memeluk papa dan mama. Mata mula berkaca. Puan Nora merapatiku. Dia turut memujuk. Namun, mata cantik itu juga turut berkaca.
“ Take care, sayang”, Puan Nora memeluk aku penuh erat. Encik Aaron mengusap-usap rambutku. Dilayan bagai anak sendiri oleh mereka. Aku benar-benar gembira. Kelihatan papa juga sudah mesra dengan kedua ibu bapa Dean walaupun baru saja bertemu.
“ Jom”, ajak Dean. Sophie terus beriringan bersama dengan Damien dan Danny. Kelihatan sudah hilang terus segala kesedihan berpisah bersama keluarganya. Teruk benar Sophie ini! Aku dan Dean saling beriringan.
“ Sis!”, segera aku menoleh. Kelihatan Amanda bersama mama. Pantas aku berlari mendapatkan mereka. Kelihatan mama menitiskan airmata sama seperti Amanda. Ingatkan amarahnya akan berterusan tanpa kemaafan. Namun, benar kata nenek air yang dicincang tidak akan putus.  
“ Maaf..”, pintaku. Kami saling menangis.
“ Maaf juga… Amanda cuma kecil hati. Sis rampas cinta pertama Amanda”, katanya dengan linangan airmata. Kami tergelak.
“ Maaf...”, hanya ayat ini yang terus meniti padanya. Aku sayangkan Amanda dan aku juga sayangkan Dean. Cintakan dia!
“ Dean kena jaga sis baik-baik tau”, baru aku perasan yang Dean turut berada di belakangku. Dia mengangguk dengan senyuman lega. Amanda sudah tidak marah-marah lagi pada kami.
“ Sekejap, mama cepat keluarkan kamera Amanda”, arahnya pada Mama. Pantas saja mama mengikut. Kamera dikeluarkan lalu terus saja dia merangkul pergelangan tangan Dean sebaik air mata diseka. Aku pula ditolak ke tepi. Papa kelihatan kaget dengan anak gadisnya yang satu ini. Kami yang melihat hanya tergelak. Biarlah sekurang-kurangnya dia sudah kembali ceria. Air mata yang bersisa ini aku sapu. Segalanya sudah seperti apa yang aku harapkan.
Baru saja ingin melangkah semula, cahaya lense kamera bertubi-tubi ke arah kami. Semua menjadi kaget. Rupa-rupanya sudah ada beberapa  orang paparazzi menghampiri. Bagaimana hal ini boleh diketahui. Pantas Dean mencapai bagasi kami. Aku masih terpinga-pinga dihujani lense kamera yang tidak putus-putus. Kelihatan Damien dan Danny menarik Sophie melepasi pemeriksaan. Sophie pula mengikut dengan muka tidak puashati. Barangkali kecewa kerana tidak sempat menayang muka lebih lama di hadapan paparazzi ini.
“ Take care, sayang”, Puan Nora segera memberi isyarat pada Dean untuk segera beredar sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Ahli keluargaku pula kelihatan cukup resah. Mana biasa dengan keadaan seperti ini.
“ Mahu bergambar?”, beg kembali diletak. Aku terpinga-pinga. Lalu terus saja aku ditarik dalam rangkulannya. Semakin galak lense cahaya menghujani kami sebaik Dean berbuat begitu. Aku bagai tidak percaya dengan reaksi Dean ini. Benar-benar gila!
“ Dean!!!”, kelihatan di sana beberapa orang gadis berlari dan berteriak ke arah kami. Dean tersenyum cuak memandang peminat-peminat itu. Inilah kelemahan Dean!
“ Jom!”, apa yang pasti hanya keceriaan terpacar pada wajah kami. Terus kami menyusur mendapatkan Damien, Danny dan Sophie yang sudah berlalu tadi. Untuk beberapa detik pasti tiada lagi rahsia mengenai hubungan ini. Satu dunia bakal mengetahuinya. Lega! Buat gadis-gadis di luar sana… Dean milik aku!
TAMAT *harap-harap kepada sesiapa yg mengikuti novel sy ni blh berikan komen tuk sy terus menulis. Tq